Profile Sekolah
Profile Sekolah.

Sekolah Mengenah Kebangsaan Seksyen Bandar Kinrara merupakan sekolah mengenah kebangsaan yang pertama dibina di kawasan Bandar Kinrara. Terletak di kawasan perumahan Bandar Kinrara dan bersebelahan dengan Lebuhraya Puchong - Sungai Besi dan Giant Bandar Kinrara 5. Penyerahan bangunan sekolah secara rasminya pada tanggal 1 September 2001 dan diterajui oleh pengetua pertama , Puan Noorul Aini bt Ambak. Bersama seorang penolong kanan , 26 orang guru , 3 orang kakitangan am dan dan seorang pembantu makmal , beliau telah memainkan peranan sebagai penjana visi dan misi SMKS1BK. Kumpulan pelajar pertama seramai 445 telah memulakan sesi persekolahan pada tahun 2002. Jumlah pelajar telah meningkat kepada 673 orang pada tahun 2003 dengan bilangan guru seramai 44 orang. Pertambahan pelajar terus meningkat dari tahun demi tahun. Pada tahun 2004 , jumlah pelajar 836 orang. Pada tahun bulan Ogos 2004 , peneraju sekolah telah berganti silih kepada pengetua yang baru iaitu Datin Hajah Rohani bt Mustafa. SMKS1BK telah berjaya melahirkan lepasan SPM yang ulung pada tahun 2005 dengan pencapaian yang merangsangkan. Pada tahun 2006 pula , Datin Hajah Rohani bt Mustafa telah meninggalkan sekolah yang diterajuinya dan tiba giliran Puan Fadzillah Binti Maarif untuk mengambil alih dan memastikan bahawa legasi SMKS1Bk terus berkekalan. Pada tahun 2009 pula Puan Hajah Zuraidah yang dahulunya bertugas di Sekolah Berasrama Penuh Seri Puteri , Cyberjaya menjadi pengetua ke-4 kita. Kini dengan 1250 orang pelajar , SMKS1BK sebagai sebuah institusi pendidikan akan terus memperjuangkan visi dan misinya.
2 Comments:
y u all so stupit har
lucas_cools@hotmail.com
April 13, 2009 at 1:06 AM
LAGU SEKOLAH MANA HAAAAAAA
December 1, 2020 at 5:59 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home