Sunday, March 22, 2009

Kakitangan Akedemik 2007

Monday, March 2, 2009

Piagam Sekolah



SLOGAN SEKOLAH
Kinrara 1 Cemerlang

MOTO SEKOLAH
Berilmu Berketrampilan , Berakhlak Mulia

VISI SEKOLAH
Melahirkan individu yang berilmu . berdaya saing , bersasiah tinggi dan dapat menerajui dunia maklumat terkini

MISI SEKOLAH
SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara adalah satu istitusi pendidikan yang komited terhadap penguasaan ilmu dan ketinggian amal serta pembentukan jati diri yang akan melahirkan warga sekolah bermatlamat berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara

IDENTITI SEKOLAH
MERAH
Keberanian dan semangat yang membara menghadapi cabaran dan ancaman

HIJAU
Ketinggian akhlak dan moral berlandaskan agama

KUNING
Kesetiaan kepada Raja yang berdaulat dan bertanggungjawab ke arah keharmonian diri dan masyarakat

IMEJ ORANG DENGAN KOMPUTER
Melambangkan visi sekolah serta melahirkan individu yang cemerlang , berdaya saing , bersasiah tinggi dan dapat menerajui dunia matlumat terkini

Profile Sekolah

Profile Sekolah.



Sekolah Mengenah Kebangsaan Seksyen Bandar Kinrara merupakan sekolah mengenah kebangsaan yang pertama dibina di kawasan Bandar Kinrara. Terletak di kawasan perumahan Bandar Kinrara dan bersebelahan dengan Lebuhraya Puchong - Sungai Besi dan Giant Bandar Kinrara 5. Penyerahan bangunan sekolah secara rasminya pada tanggal 1 September 2001 dan diterajui oleh pengetua pertama , Puan Noorul Aini bt Ambak. Bersama seorang penolong kanan , 26 orang guru , 3 orang kakitangan am dan dan seorang pembantu makmal , beliau telah memainkan peranan sebagai penjana visi dan misi SMKS1BK. Kumpulan pelajar pertama seramai 445 telah memulakan sesi persekolahan pada tahun 2002. Jumlah pelajar telah meningkat kepada 673 orang pada tahun 2003 dengan bilangan guru seramai 44 orang. Pertambahan pelajar terus meningkat dari tahun demi tahun. Pada tahun 2004 , jumlah pelajar 836 orang. Pada tahun bulan Ogos 2004 , peneraju sekolah telah berganti silih kepada pengetua yang baru iaitu Datin Hajah Rohani bt Mustafa. SMKS1BK telah berjaya melahirkan lepasan SPM yang ulung pada tahun 2005 dengan pencapaian yang merangsangkan. Pada tahun 2006 pula , Datin Hajah Rohani bt Mustafa telah meninggalkan sekolah yang diterajuinya dan tiba giliran Puan Fadzillah Binti Maarif untuk mengambil alih dan memastikan bahawa legasi SMKS1Bk terus berkekalan. Pada tahun 2009 pula Puan Hajah Zuraidah yang dahulunya bertugas di Sekolah Berasrama Penuh Seri Puteri , Cyberjaya menjadi pengetua ke-4 kita. Kini dengan 1250 orang pelajar , SMKS1BK sebagai sebuah institusi pendidikan akan terus memperjuangkan visi dan misinya.